p/s: Gambar semasa sudah selesai kerja-kerja selenggara.
Wednesday, October 14, 2009
Yagi 10mtr Mono Bander
Assalamualaikum ,Semalam setelah penat seharian bekerja, sampai saja di rumah , satu pandangan yang menyakitkan mata. Apalagi, Yagi 10mtr Mono Bander yg telah lama dinaikkan, mengalami kerosakan.Awal pagi Selasa lepas, Jam 0330HRS, aku telah dikejutkan dengan hujan dan angin yang agak kuat,dan awal paginya itulah kemungkinan , antenna tersebut telah mengalami sedikit kerosakan. Tanpa berlengah lagi, aku terus ke tingkat paling atas rumah , dan terus melakukan kerja-kerja selenggaraan, tanpa mengira penat.Alhamdulillah, hampir jam 1915HRS, segalanya selesai. Tapi tak dapat nak mencuba keupayaannya,Propagasi di 10mtr agak suram pada waktu itu.
p/s: Gambar semasa sudah selesai kerja-kerja selenggara.

p/s: Gambar semasa sudah selesai kerja-kerja selenggara.
Friday, August 21, 2009
LongWire Antenna Tuner AT 120
Servicing MFJ 949E
salam semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan ham dimana jua berada. Posting kali ini tiada apa2 yang menarik yang ingin disampaikan, cuma aktiviti sepanjang dua minggu sudah, disamping kesibukan tugasan harian, sementelah lagi, baru ditugaskan dengan tugasan yang amat mencabar. kali ini saya telah diberi amanah untuk menjaga dan juga mengemaskini sistem PABX, lokasinya tak perlulah saya ceritakan disini,hehehehehehe.Berbalik pada tajuk awal, apapun saya agak muskil pada mulanya , setelah diberitahu oleh tuan punya MFJ 949E ada mengalami masalah, tiada sebarang bacaan RF Power Output mahupun RF Reflected Power, pada panel meter tersebut. hasil kajian dan juga pertanyaan lanjut dari pemilik terbukti sangkaan awalnya panel meter tersebut gagal berfungsi, rupanya ada komponen yang telah mengalami kerosakan. Mustahil juga, bagaimana alatan yang sebegini boleh alami kerosakan, adakah kerana kecuaian pengguna atau kesilapan pada setting up equipment, banyak persoalan menerjah ke minda. walau bagaimanapun, gantiannya sudah siap , masih belum sempat diuji cuba, :-)
Wednesday, July 15, 2009
Modemless TNC
Tuesday, June 2, 2009
LCD Nokia 3310
Salam semua. Pernah tengok handphone Nokia 3310? Dah tentu pernah lihat, malah pernah memiliki dan menggunakannya.Kali nie, bukan tentang handphonenya, tetapi apa yang kita boleh ambil darinya. Kali nie, saya bawakan serba sedikit info ttg LCD @ Liquid Crystal Display, pada handphone nie, ada juga gunanya. Iyelah , dari handphone tue tersadai jer, baik ambil LCDnya, kita buat sedikit kajian @ experiment.

Haaa, ni la rupanyer, kalau dah dileraikan dari badannya.
Kalau nak tahu lebih lanjut , boleh layari alamatnya http://www.electronics-lab.com/projects/mcu/013/index.html
Inipun idea dari laman blog salah seorang rakan Ham : http://9M2IBR.blogspot.com
(Terima Kasih Cikgu For the info's)
Dalam simpanan saya , ada banyak LCD nie, itupun sebab saya ada buat repair handphone HiHi.. :-)

Yang ni pula, bila dah siap, tapi masih togel, belum ada casing sesuai, nak letak.
Sensornya terlalu sensitif, tetapi masih lagi diperingkat pengujian.... , bahan eksperiment disumbangkan oleh 9W2NR, dari Universiti Malaya, Terima Kasih.....Jumpa Lagi, 73 Wassalam

Haaa, ni la rupanyer, kalau dah dileraikan dari badannya.
Kalau nak tahu lebih lanjut , boleh layari alamatnya http://www.electronics-lab.com/projects/mcu/013/index.html
Inipun idea dari laman blog salah seorang rakan Ham : http://9M2IBR.blogspot.com
(Terima Kasih Cikgu For the info's)
Dalam simpanan saya , ada banyak LCD nie, itupun sebab saya ada buat repair handphone HiHi.. :-)
Yang ni pula, bila dah siap, tapi masih togel, belum ada casing sesuai, nak letak.
Sensornya terlalu sensitif, tetapi masih lagi diperingkat pengujian.... , bahan eksperiment disumbangkan oleh 9W2NR, dari Universiti Malaya, Terima Kasih.....Jumpa Lagi, 73 Wassalam
Friday, May 22, 2009
Ntahapeapentah......??!!!!



Ahhhhh, penat dengan tugasan yang begitu banyak, hujung minggu yang mana propagasi di 10mtr agak kurang baik, dapat juga melayan minda dengan rekreasi yang bukan begitu ramai meminatinya......apalagi layan Sony Playstation 3 dan PSP Playstation Portable....maklumler, PS3 nie, mmg power tapi......CDnya,nasiblah ada juga rakan yang sama meminati rekreasi cara nie, sudi meminjamkan CDnyer.Apalagi Layan beb. Ntah apa punyer game belasah jer, Medal Of Honor, Valkyrie Profile : Lenneth , Need for Speed,Valkyria Chronicles dan banyak lagi.Tentang PSP nie, hmmm, kekok juga sebab kecik, kekadang tue layan Internet guna PSP , ada support WiFi, so kat umah pun upgrade WiFi Network. Kecil tapi menyengat,tu jer yang boleh kukatakan, ok layan beb, jumpa lagi 73........
Friday, May 8, 2009
144Mhz FoxHunt Transmitter
Salam semua. Semasa mengemas shack yang dah lama tak dikemaskini,hehehehehe, terjumpa pula ngan salah satu projek yang agak lama tersimpan, asyik KIV jer, lama-kelamaan terus tak ingat letak dimana.Ya, nilah dia 144Mhz FoxHunt Transmitter, idea dan konsep dari seorang rakan Ham yang tak lokek dengan ilmu, 9W2BSR. Saya dapat menghasilkan papan litar ini, dengan kebenaran rakan ini dari website beliau. Jika ada rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah melawat laman web beliau, http://www.9w2bsr.com.
Ini gambar projek terbengkalai, tapi akan disiapkan dalam masa terdekat,HiHi....!

Ini gambar projek terbengkalai, tapi akan disiapkan dalam masa terdekat,HiHi....!
Subscribe to:
Posts (Atom)

